Bismillahirrahmanirrahim, segala pujian milik Allah, Solawat dan dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasaalam, kepada Ahli kerabat baginda, sahabat-sahabat baginda,pengikut-pengikut baginda, kepada ibubapa kami, guru-guru dan sekalian umat Islam hingga ke akhir zaman
Segalanya bermula di sini adalah laman web yang sedaya upaya akan memaparkan beberapa Ayat-ayat Al Quran, hadith-hadith, doa-doa dan zikir--zikir yang boleh diamalkan oleh semua orang Islam bagi pelbagai keadaan atau tujuan tertentu.
Berbagai kaedah atau pendekatan telah dikemukakan oleh ribuan pakar dari Timur dan barat untuk menyelesaikan pelbagai masalah, mencapai impian, membina kehidupan yang bahagia, untuk mendapatkan harta kekayaan dan sebagainya. Kaedah atau pendekatan tersebut telah diterima pakai oleh kebanyakan orang termasuk orang Islam sendiri sehingga Al Quran dan Hadith yang sepatutnya menjadi rujukan, panduan, pegangan yang menjamin kehidupan yang selamat di dunia dan di akhirat terlupakan.
Perlu diingat bahawa kuasa manusia adalah terhad. Manusia perlu berusaha tetapi hasil usaha tersebut adalah tertakluk kepada kuasa, iradah kehendak Allah yang mutlak di dalam qada dan qadarnya.
Pembentukan laman web ini merupakan salah satu cara untuk mengajak Umat Islam kembali kepada pegangan yang benar, memantapkan keimanan dan keyakinan terhadap ajaran Islam. Apa yang terkandung di laman ini memanglah untuk diketahui tetapi lebih elok untuk diamalkan dan dihayati secara berterusan.
Bukanlah niat saya untuk menunjuk pandai,saya bukan seorang yang pakar tetapi apa yang akan saya sajikan adalah sedikit pengetahuan dan pengalaman yang saya rasa perlu dikongsikan bersama. Semoga apa yang tercatat dalam lama ini dapat memberi faedah kepada diri saya dan kepada pembaca di mana sahaja berada.
klik untuk Ke halaman seterusnya....
src="http://www.google.com/afsonline/show_afs_search.js">
Thursday, 5 July 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)